Pages

Sunday, September 1, 2013

JOM KENALI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS..



Assalamualaikum..
Hmm, Nampaknya dah lama mira tak jenguk blog mira nihh sampai berhabuk dah. Huhu.. okey lahh, kalau di entri lepas mira ada post pasal diri mira but hari nie tetibe idea mira muncul tah dari mana nak post pasal Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) pulak. First nak tanya korang , korang pernah kenal & dengar pasal KMP nihh tak ? okey, kalau belom mehh sini mira nak bagitahu serba sedikit pasal KMP nihh..

1)      SEJARAH PENUBUHAN....

·         Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu pada 12 Ogos 1997.
·         Kewujudan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyeragamkan semua program matrikulasi yang sebelum ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
·         KMP mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis.
·         KMP siap dibina pada Mac 2000 dan telah beroperasi mulai 3 Julai 2000.
·         KMP merupakan sebuah kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara.
·         KMP menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains dan sastera ikhtisas di samping kursus-kursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang

2)     PRASARANA KMP...






Inilah masjid KMP. Nampak mungkin tak tak terlalu besar tapi masjid ni lahh menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung dari luar untuk solat dekat situ especially solat jumaat. Pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, jamuan hari raya haji, bacaan yassin dan Program solat hajat pun turut diadakan disitu..


Okey , nihh pulak perpustakaan KMP. Bagi korang mungkin tak besar sangat pun , 2 tingkat jer. Tapi banyak maklumat yang kita dapat kat sana taw, contohnya kita boleh cari buku2 yang berkaitan dengan subjek yang korang belajar , tengok tv , baca surat khabar , buat perbincangan di bilik diskusi dan tak lupa jugak ada kemudahan wifi dan pc dekat sana taw! Mira selalu pergi library nihh waktu malam sebabnya nak guna pc jer. Buat apa? Buat apa lagi, online FB lahh. Haha, cehh ambil kesempatan pulak kan ? :)

KOMSAS KEDIAMAN..











Okeyy, Semuanya Ada 9 buah komsas dekat KMP nihh.. korang mesti pelik kenapa dinamakan Komsas Kan? Komsas tuu adalah singkatan daripada “kompleks asrama” unik kan? Kalau korang nak tahu, mira dulu tinggal di komsas Umi Salamah(B2) dimana komsasnya terletak di tengah-tengah antara 9 komsas. Penghuni kat situ pun memang happening giler !

KAFETERIA



Sebenarnya kafeteria dekat 3 semuanya iaitu Kafe A(Kafe Chu) , Kafe B(Kafe Bang Din) , dan Kafe Pentadbiran(Kafe Mak Long). Ketiga-tiga Kafe nihh menawarkan makanan yang sangat sedap dengan harga yang sangat-sangat murah

TUTORAN



Ada 2 buah tutoran semuanya. Tutoran A terletak berdekatan blok pensyarah manakala Tutoran B terletak berdekatan masjid Al Falah. Jarak dari tutoran A ke Tutoran B agak jauh sedikit dan mungkin mengambil masa 5 minit.


Makmal sains nihh terletak berdekatan dengan bangunan peperiksaan.biasanya kiteorang budak akaun kat sini malas nak ambil tahu sangat pasal makmal nihh sebab langsung takde kena mengena dengan kiteorang. So , buat pe nak ambil tahu kan ?


Inilah rupanya bangunan dewan kuliah kiteorang. Cantik tak ? haha.. tak silap mira ada 6 dewan kuliah semuanya tapi saya tak pasti sangat sebab mira kelas A8T3 , kiteorang hanya ulang alik dari DK1 ke DK2 jer, so tak sempat nak travel mana-mana kuliah. Yelahh, duduk dekat matrik pun setahun jer kan.


Haa.. ni pulak dewan rasmi KMP iaitu dewan seri kayangan. Apa-apa event , tak lain tak bukan nilahh tempatnya. Nak taw event apa yang kiteorang selalu buat dekat KMP nihh? Banyak.. antaranya, minggu Orientasi, sambutan hari kemerdekaan, jamuan blok, hari kebudayaan dan macam-macam lagi lahh. Nak cite mungkin sampai sampai besok pun tak habis..


Ehh2 , dekat sini pun ada garaj bas jugak taw.. tak silap mira ada 6 buah semuanya bas KMP. Tapi bas tuhh bukan untuk hantar korang nak balik ke kampung nanti.. nak balik kampung, pandai2 lahh cari bas sendiri ataupun kalau dah malas sangat suruh jer cikgu tempahkan, korang Cuma bayar jer. Haha


Ni pulak blok pentadbiran kiteorang. Blok pentadbiran nihh terletak berhampiran blok pensyarah, kafe pentadbiran dan tasik. Mira jarang pergi dekat sini sebab tempat nihh dikhususkan untuk pentadbir sahaja. Tapi seriously, blok pentadbiran nihh sangat cantik !


Tasik kat sini tak terlalu besar dan jugak tak terlalu kecik. Senang citer, yang sedang-sedang jer.. tapi kalau korang nak lepak-lepak dekat sini or nak release tension boleh laa sebab pemandangan dekat sini sangat cantik !


Okeyy, nihh blok pensyarah KMP yang didalamnya terdapat bilik-bilik pensyarah bagi setiap unit. Haa, dekat sini suka hati korang lahh kalau korang nak pergi pun . memang dialu-alu sangat . Tapi bukan pergi untuk saja2 jer taw. Pergi untuk bertanya soalan yang korang rasa payah sangat nak jawab dekat pensyarah jer kayy..


Ada 2 buah bangunan dekat sini iaitu ibnu khaldun dan ibnu sina. Tapi bangunan peperiksaan nihh tak mampu menampung lebih 1+++ pelajar dekat sini. So, setiap pelajar akan dipilih untuk menjalani peperiksaan tersebut sama ada di bangunan peperisaan , dewan seri kayangan ataupun tutoran.


Haa.. ni lahh dia astaka. Kompleks sukan KMP. kalau korang rasa korang dah bosan sangat kan , apa kata korang datang jer sini main bola sepak dengan kawan-kawan, bagi lelaki lahh.. bagi perempuan pulak korang boleh main futsal ataupun bola jaring di belakang astaka. Korang jugak boleh main tenis dan juga bola tampar dekat situ.. kalau tak main jugak, tengok orang main pun jadilah..


Makmal nihh terletak berhampiran dengan perpustakaan dan juga tutoran b. Selain makmal komputer, makmal bahasa juga di sediakan dekat situu..


Ni lahh antara tempat yang paling menjadi tumpuan pelajar KMP. Kenapa? Kerana disinilah terletaknya pelbagai kemudahan untuk pelajar seperti Mini Market, Mesin ATM, Bakkery, Kedai alat tulis, pejabat asrama dan jugak bilik felo. Banyak kan ? yelahh , dah nama pun pusat pelajar. Apalah hangpa nihh. Haha




Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang disediakan dekat KMP nihh, tapi tak terlarat pulak mira nak tulis banyak-banyak. So, sampai sini jelahh kott. Btw, KMP memang the best laa ! happy sangat dapat belajar dekat sana. Sebab apa? Sebab saya ada roomate yang baik n awesome dan jugak classmate yang sangat happening gilerrr ! happy sangat dapat kenal dengan diorang.. k lahh korang, sampai sini mira stop. Kalau ada masa nanti mira sambung buat entry yang lain okey . kalau ada apa2 pertanyaan , boleh laa komen kat bawah ni ok. Daa, Assalamualaikum :)

6 comments:

  1. Seriuosly... this make me recall my hey day back then...we're the 1st batch of KMPians... Dulu dipanggil Block C1 jer.... Sejak 2nd batch masuk dijadikan AL-Khindi.... dah byk pokok dah skang... tangga tu laa dulu tpt bergayut... kat situ je reception paling cantik (jaman Nokia 3210)... teringat 1week masuk... kiteorg penghuni pertama... kene basuh lantai kesan pembinaan.... not to mention bau harum sepanjang corridor sampai toilet... antu main lampu & drawer... budak pompuan histeria kat block B2 then B3.... perang mercun block dgn block C2... pastu block B3 pun join skali.... patrol car siap dtg bagi warning...mmg legend... lelaki total dlm 60-org je kot... pompuan 800++... those days were long gone.....the place where made who i'm today......send my regard to all my super juniors...

    ReplyDelete
  2. Moments dkt kmp dlu adlh yg plg best.. miss kmp so much ! :(

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Akak Amira.. Akak ada IG ta?

    ReplyDelete
  4. Dalam kawasan kmp ni ade masin atm bank ape je

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak mira... Halalkan gambar yang saya ambil untuk buat video ye.. Terima kasih

    ReplyDelete